Soalan Lazim
Ada sebarang pertanyaan? Kami sedia membantu dengan jawapan berikut.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui e-mel ke
[email protected]
A. Maklumat & Manfaat Produk
MikroSayang adalah pelan Takaful Bertempoh Berkelompok yang boleh diperbaharui setiap tahun bagi tujuan perlindungan yang menyediakan pembayaran manfaat sekaligus apabila berlakunya peristiwa-peristiwa ini:
Manfaat berikut akan dibayar dari Dana Tabarru’ kepada Peserta apabila berlakunya kejadian yang dilindungi pada Orang yang Dilindungi, dengan
tiga (3) pilihan pelan yang boleh dipilih:
Manfaat | Jumlah Dibayar (RM) | ||
---|---|---|---|
Pelan A/A+ | Pelan B/B+ | Pelan C/C+ | |
Manfaat Kematian akibat Kemalangan (Ini hanya terdapat bagi Pelan A/B/C)
Ini akan dibayar sekiranya berlaku kematian Orang yang Dilindungi akibat Kemalangan semasa tempoh perlindungan. |
5,000 | 5,000 | 5,000 |
Manfaat Kematian/HUPK (Ini hanya terdapat bagi Pelan A+/B+/C+)
Ini akan dibayar sekiranya berlaku kematian/HUPK Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. |
5,000 | 5,000 | 5,000 |
Manfaat Hospitalisasi
Jumlah harian akan dibayar, sehingga maksimum 14 hari setahun atau RM700 setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel[1] selama tempoh perlindungan. Hospitalisasi mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh keluar mestilah tidak sama dan selepas dari tarikh masuk. |
50 manfaat harian | - | 50 manfaat harian |
Manfaat Penyakit Kritikal
Ini akan dibayar sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal (“Kejadian yang Dilindungi”) [2] kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mesti disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel di mana rawatan dicari. Faedah ini hanya dibayar sekali sepanjang hayat Orang yang Dilindungi, di mana Manfaat Penyakit Kritikal akan terbatal apabila tuntutan bagi Kejadian yang Dilindungi dibayar dan Orang yang Dilindungi tidak boleh menyertai di dalam perlindungan Penyakit Kritikal yang baru di bawah pelan ini. Namun, Orang yang Dilindungi yang sama boleh menyertai di dalam Pelan A atau A+. |
- | 5,000 | 5,000 |
B. Penyertaan Dalam Takaful
Produk ini ditawarkan di dalam laman web MikroSayang dan boleh disertai oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:
Anda mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dan melengkapkan pendaftaran bagi MikroSayang melalui www.mikrosayang.com.
Anda tidak perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.
Tidak, produk ini hanya boleh disertai melalui laman web MikroSayang.
Anda boleh membatalkan sijil dalam tempoh lima belas (15) hari daripada penghantaran sijil anda. Kami akan membayar
balik caruman menyamai nilai caruman yang telah dibayar, dengan syarat tiada tuntutan yang dibuat di bawah perlindungan
anda. Anda boleh emel secara langsung kepada [email protected]
bagi pembatalan perlindungan anda.
Namun, anda tidak akan menerima pembayaran balik caruman apabila pembatalan dilakukan selepas lima belas (15) hari
Tempoh Rujukan Percuma. Walaupun dibatalkan, perlindungan tetap akan diteruskan sehingga akhir tarikh caruman perlu
dibayar yang berikutnya.
Bagi pertanyaan umum atau berkenaan dengan produk ini, anda boleh emel kami di [email protected].
Sebaik sahaja anda bersetuju untuk menyertai produk ini, maklumat anda akan dihantar melalui saluran yang dijamin kepada Great Eastern Takaful Berhad bagi proses selanjutnya yang selaras dengan peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi. Bagi maklumat lanjut tentang Notis Perlindungan Data Peribadi, sila kunjungi laman web kami di www.mikrosayang.com.
Produk ini hanya boleh disertai melalui laman web MikroSayang.
Tarikh berkuat kuasa sijil tidak boleh diubah selepas anda telah menyertai produk ini.
C. Perlindungan
MikroSayang menyediakan perlindungan selama dua belas (12) bulan.
Perlindungan anda akan bermula pada tarikh yang dinyatakan di dalam emel pengesahan yang akan disampaikan kepada anda selepas penyertaan berjaya.
Ya, kami akan memberitahu anda setelah anda telah berjaya mendaftar untuk MikroSayang ini dengan menghantar emel pemberitahuan pengesahan kepada anda bersama-sama dengan maklumat perlindungan anda.
Setiap Orang yang Dilindungi dibenarkan untuk menyertai sehingga maksima dua (2) pelan MikroSayang dalam satu masa di mana hanya satu (1) pelan sahaja yang dibenarkan bagi setiap Orang yang Dilindungi di bawah kategori berikut:
Rumusan bagi jumlah manfaat dan jumlah caruman tahunan di bawah kombinasi pelan yang tersedia adalah seperti berikut:
Pelan | Manfaat Kematian akibat Kemalangan | Manfaat Kematian/HUPK | Manfaat Hospitalisasi | Manfaat Penyakit Kritikal | Caruman Tahunan |
---|---|---|---|---|---|
Pelan A & B | RM 10,000 | - | RM 50 manfaat harian | RM 5,000 | RM 100.00 |
Pelan C & B | RM 10,000 | - | RM 50 manfaat harian | RM 10,000 | RM 140.00 |
Pelan A+ & B | RM 5,000 | RM 5,000 | RM 50 manfaat harian | RM 5,000 | RM 125.00 |
Pelan C+ & B | RM 5,000 | RM 5,000 | RM 50 manfaat harian | RM 10,000 | RM 170.00 |
Pelan A & B+ | RM 5,000 | RM 5,000 | RM 50 manfaat harian | RM 5,000 | RM 125.00 |
Pelan C & B+ | RM 5,000 | RM 5,000 | RM 50 manfaat harian | RM 10,000 | RM 165.00 |
Pelan A+ & B+ | - | RM 10,000 | RM 50 manfaat harian | RM 5,000 | RM 150.00 |
Pelan C+ & B+ | - | RM 10,000 | RM 50 manfaat harian | RM 10,000 | RM 195.00 |
D. Caruman
Anda perlu membayar caruman bergantung kepada pelan MikroSayang yang telah anda pilih. Sila rujuk Jadual Caruman, bagi caruman yang dibayar
bagi setiap pilihan pelan seperti yang dinyatakan di bawah.
Caruman mengikut Pelan (RM) | Pelan A | Pelan B | Pelan C | Pelan A+ | Pelan B+ | Pelan C+ |
---|---|---|---|---|---|---|
Bulanan | 4.20 | 4.20 | 7.50 | 6.25 | 6.25 | 10.00 |
Suku Tahunan | 12.50 | 12.50 | 22.50 | 18.75 | 18.75 | 30.00 |
Pelan A+ & B | 25.00 | 25.00 | 45.00 | 37.50 | 37.50 | 60.00 |
Pelan C+ & B | 50.00 | 50.00 | 90.00 | 75.00 | 75.00 | 120.00 |
Anda boleh membuat bayaran caruman secara kad kredit/debit, FPX atau tunai di Mydin atau KK Mart.
Tiada caj tambahan lain di bawah perlindungan ini selain daripada jumlah caruman yang dinyatakan di atas.
E. Pengecualian
Anda boleh merujuk kepada senarai pengecualian bagi Manfaat Kematian/HUPK, Kematian akibat Kemalangan, Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal di dalam Risalah Pemberitahuan Produk. Anda juga boleh merujuk kepada Sijil Induk atau Sijil Takaful bagi maklumat lanjut.
F. Perkhidmatan Sijil
Anda akan menerima emel pengesahan bersama-sama dengan maklumat perlindungan anda termasuk Sijil Takaful, Risalah Pemberitahuan Produk dan Soalan Lazim kepada alamat emel berdaftar anda bagi rujukan selanjutnya, sejurus selepas anda telah melengkapkan pendaftaran bagi perlindungan MikroSayang.
MikroSayang merupakan produk perlindungan penuh dan tidak memberikan sebarang nilai serahan tunai.
Bagi pertanyaan umum dan yang berkenaan dengan sijil, anda boleh emel secara langsung kepada kami di [email protected].
Sila pastikan semua maklumat peribadi anda adalah lengkap dan tepat sebelum penyertaan anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat peribadi anda setelah penyertaan anda di dalam perlindungan MikroSayang.
G. Penamaan
Dimana berkenaan, Anda atau Orang yang Dilindungi boleh mencalonkan satu atau lebih individu untuk menerima faedah Takaful yang perlu dibayar setelah kematian Anda / Orang yang Dilindungi,
Anda hendaklah memaklumkan kepada Kami jika terdapat sebarang perubahan butiran perhubungan anda/penama bagi memastikan semua surat-menyurat dapat diserahkan kepada anda/penama sepatutnya.
H. Tuntutan
Anda boleh menghantar Borang Tuntutan yang lengkap dan dokumen-dokumen melalui Laman Web MikroSayang: www.mikrosayang.com. Untuk membuat tuntutan, sila ikut panduan langkah berikut untuk setiap jenis manfaat:
Masih mempunyai soalan?
Anda boleh hubungi kami atau hantar pertanyaan anda di halaman hubungi kami.