Selamat datang ke MikroSayang.
Jenis perlindungan diri apa yang anda perlukan?

Pelan A: Hospitalisasi

RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel [1].

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan.

Pelan B: Penyakit Kritikal

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal [2].

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan.

Pelan C: Hospitalisasi & Perlindungan Penyakit Kritikal

RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel [1].

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal [2].

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan.

Pelan A+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Hospitalisasi

RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel [1].

RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) pada Orang yang Dilindungi.

Pelan B+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Penyakit Kritikal

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal [2].

RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) pada Orang yang Dilindungi.

Pelan C+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal, Hospitalisasi & Perlindungan Penyakit Kritikal

RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel [1].

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal [2].

RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) pada Orang yang Dilindungi.

Nota kaki:
1. Hospital Panel merujuk kepada semua hospital kerajaan yang berdaftar termasuk hospital Universiti dan Tentera.

Hai, saya Aira. Saya akan bersama anda dalam proses mendapatkan perlindungan yang dipilih.
Boleh saya tahu nama panggilan anda?

1st

Hai !
Adakah anda seorang warganegara Malaysia yang sah?

2nd

Baiklah, . Anda adalah seorang...

3rd

Baiklah , ini soalan terakhir.
Adakah anda kini seorang muflis?

4th

Terima kasih, . Untuk meneruskan proses permohonan, saya memerlukan butiran peribadi anda seperti berikut.

Nota Penting

Maklumat akaun bank anda akan disimpan bagi memudahkan proses pengurusan dan pentadbiran Sijil MikroSayang anda.

Sila maklum bahawa maklumat akaun bank anda mungkin akan digunakan bagi tujuan seperti berikut:
a) Pembayaran tuntutan yang layak
b) Pembayaran keuntungan pelaburan, jika ada
c) bagi tujuan-tujuan lain berkaitan pengurusan Sijil MikroSayang anda

Saya telah membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi, dan saya memberi kebenaran untuk Pengendali Takaful mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat peribadi saya bagi tujuan yang ditetapkan.

5th

, anda hanya selangkah untuk memiliki .



Great Eastern Takaful Berhad adalah ahli PIDM.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

6th

Pengesahan Kefahaman

Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan menjawab soalan-soalan berikut untuk melengkapkan pembelian anda:

1. Adakah anda sedar bahawa produk ini menyediakan perlindungan/membayar manfaat bagi perkara berikut?

Manfaat Deskripsi Manfaat (RM)
Pelan
A/A+
Pelan
B/B+
Pelan
C/C+
Manfaat Hospitalisasi (Ini hanya terdapat bagi Pelan A/A+/C/C+)
Jumlah harian akan dibayar, sehingga maksimum 14 hari setahun atau RM 700 setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke hospital di Hospital Panel selama tempoh perlindungan. Hospitalisasi mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh keluar mestilah tidak sama dan selepas dari tarikh masuk.
50 manfaat harian - 50 manfaat harian
Manfaat Penyakit Kritikal (Ini hanya terdapat bagi Pelan B/B+/C/C+)
Ini akan dibayar sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal ("Kejadian yang Dilindungi") kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mesti disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel di mana rawatan dicari. Faedah ini hanya dibayar sekali sepanjang hayat Orang yang Dilindungi, di mana Manfaat Penyakit Kritikal akan terbatal apabila tuntutan bagi Kejadian yang Dilindungi dibayar dan Orang yang Dilindungi tidak boleh menyertai di dalam perlindungan Penyakit Kritikal yang baru di bawah pelan ini. Namun, Orang yang Dilindungi yang sama boleh menyertai di dalam Pelan A atau A+.
- 5,000 5,000
Manfaat Kematian akibat Kemalangan (Ini hanya terdapat bagi Pelan A/B/C)
Ini akan dibayar sekiranya kematian Orang yang Dilindungi akibat Kemalangan semasa tempoh perlindungan.
5,000 5,000 5,000
Manfaat Kematian/HUPK (Ini hanya terdapat bagi Pelan A+/B+/C+)
Ini akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau HUPK terhadap Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan.
5,000 5,000 5,000

Jika anda tidak pasti, sila baca semula Risalah Pemberitahuan Produk.

2. Adakah anda sedar bahawa produk ini tidak menyediakan perlindungan/membayar manfaat bagi perkara berikut?

i. Pengecualian bagi Manfaat Kematian (Ini hanya terdapat bagi Pelan A+/B+/C+)
Kami tidak akan membayar Manfaat Kematian untuk apa jua akibat yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh bunuh diri, ketika waras atau tidak waras, dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berkuat kuasa atau dari tarikh sebarang penguatkuasaan semula, mana yang kemudian.


ii. Pengecualian bagi Manfaat HUPK (Ini hanya terdapat bagi Pelan A+/B+/C+)
Kami tidak akan membayar Manfaat HUPK untuk apa jua akibat yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana perkara berikut:
(a) Kecederaan badan yang dilakukan sendiri, ketika waras atau tidak waras;
(b) Kecederaan badan yang dialami akibat payung terjun atau terjun udara atau daripada penglibatan dalam pesawat udara selain daripada anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam syarikat penerbangan komersial berlesen yang beroperasi pada laluan berjadual biasa; atau
(c) HUPK yang sedia wujud sebelum atau pada tarikh berkuat kuasa pelan atau pada sebarang tarikh penguatkuasaan semula, mana-mana yang kemudian.


iii. Pengecualian bagi Manfaat Kematian akibat Kemalangan (Ini hanya terdapat bagi Pelan A/B/C)
Kami tidak akan membayar Manfaat Kematian akibat Kemalangan untuk apa jua akibat yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana perkara berikut:
(a) Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
(b) Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan;
(c) Disebabkan Orang yang Dilindungi melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang oleh Orang yang Dilindungi atau mengelak daripada ditangkap; atau
(d) Di bawah pengaruh alkohol atau dadah melainkan atas arahan oleh pakar perubatan.


iv. Pengecualian bagi Manfaat Hospitalisasi (Ini hanya terdapat bagi Pelan A/A+/C/C+)
Kami tidak akan membayar Manfaat hospitalisasi untuk sebarang akibat yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana perkara berikut:
(a) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam Tempoh Menunggu;
(b) Sebarang rawatan atau operasi pembedahan untuk Penyakit Kongenital atau kecacatan termasuk penyakit keturunan;
(c) Kehamilan dan komplikasinya, kelahiran anak (termasuk kelahiran secara pembedahan dan sebarang prosedur bukan pembedahan terhadap sistem pembiakan perempuan semasa kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran; atau
(d) Rawatan bagi kecederaan yang dialami semasa melakukan jenayah atau perbuatan jenayah, atau semasa berada di bawah pengaruh alkohol, narkotik, atau bahan yang mengubah minda atau bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri dengan sengaja ketika siuman atau tidak siuman.


v. Pengecualian bagi Penyakit Kritikal (Ini hanya terdapat bagi Pelan B/B+/C/C+)
Kami tidak akan membayar Manfaat Penyakit Kritikal untuk sebarang akibat yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana perkara berikut:
(a) Penyakit Kritikal sedia wujud sebelum atau pada Tarikh Permulaan atau pada tarikh sebarang penguatkuasaan semula Sijil Takaful, mana yang kemudian;
(b) Sebarang rawatan atau pembedahan untuk anomali kongenital;
(c) Disebabkan kecederaan badan yang dilakukan sendiri secara langsung atau tidak langsung (kecuali dalam percubaan untuk menyelamatkan nyawa manusia), ketika waras atau tidak waras; atau
(d) Akibat Orang yang Dilindungi melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni atau sebarang pelanggaran undang-undang oleh Orang yang Dilindungi.


Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk untuk pengecualian dan terma dan syarat di bawah pelan ini. Jika anda tidak pasti, sila baca semula Risalah Pemberitahuan Produk.

3. Adakah anda sedar bahawa:

i. Jika anda menukar fikiran, anda boleh membatalkan Sijil Takaful dalam masa 15 hari selepas e-mel Pengesahan Pendaftaran dan salinan Sijil Takaful, melalui pemberitahuan bertulis kepada Kami. Kami akan kembalikan Sumbangan yang telah dibayar.


ii. Anda boleh membuat penamaan dengan mengisi Borang Penamaan / Tukar Penama dan menghantarnya ke Ibu Pejabat kami atau mana-mana cawangan kami. Anda juga boleh membuat penamaan melalui Portal Pelanggan.


iii. Manfaat yang dibayar di bawah polisi/produk layak tertakluk kepada PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk Risalah PIDM TIPS atau hubungi Great Eastern Takaful Berhad atau PIDM (layari Home | Perbadanan Insurans Deposit Malaysia).


iv. Anda hanya akan menerima Risalah Pemberitahuan Produk, Sijil Takaful dan Borang Cadangan dalam bentuk digital melalui email setelah Sumbangan dibayar.

7th

Sila pilih kaedah pembayaran anda.

Sila pilih mod pembayaran anda.

Ada Kod Rujukan daripada Rakan Anda?

Masukkan kod tersebut di bawah.

Ringkasan Pembayaran

RM