Pelan B: Kematian Disebabkan Kemalangan & Penyakit Kritikal
Card image cap

Pelan B: Kematian Disebabkan Kemalangan & Penyakit Kritikal

Mengenai Pelan Ini

Pelan ini menyediakan perlindungan bagi Manfaat Kematian akibat Kemalangan dan Manfaat Penyakit Kritikal.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan sebanyak RM5,000 akan dibayar sekaligus sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan semasa tempoh perlindungan.

Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM5,000 akan dibayar sekali sahaja sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal[1] kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mesti disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel [2] di mana rawatan dibuat.

Card image cap
Kadar Caruman
Bulanan Suku Tahunan Setengah Tahunan Tahunan
Bulanan RM
Suku Tahunan RM
Setengah Tahunan RM
Tahunan RM

Manfaat Pelan

Card image cap

Kematian Akibat Kemalangan

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat
Kemalangan.

Card image cap

Penyakit Kritikal

RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal[1] yang dilindungi di bawah pelan ini.

Nota Kaki:

1. Senarai 45 Penyakit Kritikal

2. Hospital Panel merujuk kepada semua hospital kerajaan berdaftar termasuk Universiti dan Tentera.

Terma dan Syarat

Tempoh Menunggu:
Kelayakan untuk Manfaat Penyakit Kritikal hanya akan bermula 30 hari atau 60 hari (bergantung kepada jenis Kejadian yang Dilindungi) selepas tarikh berkuat kuasa.
Pengecualian:

Manfaat Kematian akibat Kemalangan tidak akan dibayar jika Orang yang Dilindungi membunuh diri; atau di bawah pengaruh alkohol atau dadah melainkan atas arahan pakar perubatan.

Manfaat Penyakit Kritikal tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal Orang yang Dilindungi adalah sedia wujud sebelum atau pada Tarikh Permulaan; atau disebabkan kecederaan badan yang dilakukan sendiri.

Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk untuk terma dan syarat, dan pengecualian di bawah pelan ini.

Muat Turun Risalah Pemberitahuan Produk

Risalah Pemberitahuan Produk

Muat Turun Brosur

Brosur Pelan B: Kematian Disebabkan Kemalangan & Penyakit Kritikal

Card image cap

Ada sebarang pertanyaan?

Anda boleh mencari jawapan di halaman Soalan Lazim kami.